Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 3:17 AM UTC, Sep 26, 2017

Banjir Kilat: Bomba Tawau Bantu Hantar 10 Calon UPSR

TAWAU - Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau melakukan operasi membantu menghantar 10 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Kampung Pasir Putih, ke Sekolah Kebangsaan Pasir Putih setelah kawasan rendah di kampung itu dilanda banjir kilat.

Ketua BBP Zon 6 Tawau Ismaidi Ismail berkata dalam operasi itu, pihaknya menggunakan bot dan kenderaan pacuan empat roda berikutan jalan di Blok A dan B kampung itu ditenggelami air.

Menurutnya, hasil pemantauan pasukannya mendapat terdapat beberapa kawasan turut terjejas banjir antaranya kampung Vietnam, Batu 2 dan Batu 22.

 

Sumber : BERNAMA