Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 3:17 AM UTC, Sep 26, 2017

Mayat Mangsa Kebakaran Telah Dibawa Ke Unit Forensik HKL

KUALA LUMPUR - Mayat mangsa kebakaran telah dibawa ke Unit Forensik HKL secara berperingkat dan setakat ini kesmeua 16 mayat telah berada di HKL.

Ketika ini proses bedah siasat sedang dijalankan.

Manakala mangsa yang cedera, 6 orang pelajar dan seorang orang awam yang membantu ketika kejadian berlaku, kini sedang dirawat di HKL.

Daripada 7 mangsa, 4 orang didapati kritikal dan berada dia zon merah manakala 3 di zon kuning kerana cedera ringan.

Susulan kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat kini menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca utama kebakaran.

Siasatan awal mendapati, litar pintas antara punca insiden.

Operasi memadam kebakaran dan menyelamat selesai pukul 8 pagi tadi.

Kesemua mayat mangsa dibawa ke HKL untuk bedah siasat.

 

 

Sumber : DALET BERITARTM