Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 3:17 AM UTC, Sep 26, 2017

Kesemua Mayat Mangsa Pusat Tahfiz Rentung - Ketua Polis KL

KUALA LUMPUR - Semua 24 mayat yang ditemui di tingkat paling atas pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar pagi ini dalam keadaan rentung dan bertindih antara sama lain.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata mayat ditemui di dua kawasan berasingan di tingkat yang menempatkan 36 pelajar, di bangunan tiga tingkat itu.

Pusat tersebut hanya mempunyai satu pintu keluar masuk dan menyebabkan sebahagian penghuni terperangkap serta gagal menyelamatkan diri.

Keadaan tingkap di madrasah berkenaan juga tidak mempunyai aspek keselamatan yang membolehkan ia digunakan untuk kecemasan.

Kebakaran dipercayai bermula di bahagian pintu masuk tersebut.

 

Sumber : BERNAMA