Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 3:17 AM UTC, Sep 26, 2017

TUDM Siap Sedia Laksana Misi Kemanusiaan Bantu Rohingya Di Bangladesh

SUBANG - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah bersedia dengan beberapa pesawat untuk melaksanakan arahan misi kemanusian bagi membantu pelarian Rohingya di Bangladesh.

Panglima TUDM Tan Sri Affendi Buang berkata pada masa ini pesawat Charlie C130 dan A400M diletakkan dalam keadaan bersiap sedia bagi melaksanakan arahan penghantaran bekalan sekali lagi, jika diminta kerajaan.

Beliau berkatanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Sukan 1 Keluarga bertemakan 'Bangkit Bersama Sukan 1 Keluarga' di Pangkalan Udara TUDM Subang di sini.

Pada 9 Sept lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Misi Kemanusiaan - Negaraku Prihatin, menggunakan dua pesawat A400M TUDM bagi menghantar bekalan makanan dan barang keperluan seberat 12 tan ke Chittagong di Bangladesh.

((BERNAMA))