Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

Kastam Bakal Ambil Tindakan Ke Atas Penyebar Fitnah GST

KOTA TINGGI - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhadap penyebar fitnah dan berita palsu mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata langkah itu bagi membendung pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilontarkan sesetengah pihak terhadap GST sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata kepada media di sini.

Beliau sebelum itu merasmikan Pejabat GST Kota Tinggi bagi memberi kemudahan kepada lebih 4,000 syarikat yang berdaftar dalam sistem cukai terbabit.

 

Terdahulu, dalam ucapannya, Subromaniam meminta supaya ahli-ahli politik tidak menggunakan isu GST sebagai bahan kempen untuk menjatuhkan kerajaan.

Katanya, GST yang terbukti memberi kesan positif kepada ekonomi terutama dari segi daya saing Malaysia, telah dilaksanakan di beberapa negara.

 ((BERNAMA))