Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 3:17 AM UTC, Sep 26, 2017

JAKIM Saran Solat Mohon Isu Rohingya Tidak Berpanjangan

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyarankan agar masjid dan surau mengadakan solat hajat Jumaat ini bagi mendoakan agar isu Rohingya tidak berpanjangan.

Ketua Pengarah JAKIM Tan Sri Othman Mustapha dalam satu kenyataan berkata ia akan diadakan selepas solat Jumaat.

Beliau juga meminta kerjasama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di seluruh negara untuk turut sama mengadakan solat hajat di masjid dan surau di bawah seliaan masing-masing.

Tan Sri Othman berkata ketengangan di Rakhine, Myanmar telah menimbulkan keresahan dan kebimbangan dalam kalangan negara sekitar dan sehingga kini isu tesebut masih belum nampak tanda-tanda perdamaian antara pihak-pihak yang bertelagah.

 

Media antarabangsa melaporkan lebih 90,000 etnik Muslim Rohingya melarikan diri ke Bangladesh dan sesetengah daripada mereka terkandas di kawasan pergunungan tanpa bekalan asas.

Kuala Lumpur memandang berat masalah penindasan terhadap etnik Rohingya dan memberi komitmen untuk membantu menangani krisis pelarian kaum itu yang kini dilaporkan mencecah 500,000 orang di Bangladesh iaitu negara jiran Myanmar.

((BERNAMA))