Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

PR1MA Rancang Dua Perbandaran Baharu Di Pulau Pinang, Perak

PETALING JAYA  - Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) merancang untuk membangunkan dua perbandaran baharu, masing-masing di Teluk Kumbar, Pulau Pinang dan Teluk Intan, Perak.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Mutalib Alias berkata perbandaran di Teluk Intan dijangka dibangunkan di atas kawasan seluas 56.8 hektar merangkumi pembangunan bercampur komersial dan kediaman, manakala di Teluk Kumbar pula dirancang di atas kawasan seluas 44.2 hektar.

"Kami sedang menunggu kelulusan daripada kerajaan negeri yang berkenaan," katanya pada sidang media.

Terdahulu Abdul Mutalib mewakili PR1MA menandatangani memorandum perjanjian dengan Institut Perancang Malaysia (MIP) yang diwakili Presidennya Ihsan Zainal Mokhtar bagi memulakan Pertandingan Idea Perbandaran PR1MA-MIP 2017/2018.

(Sumber -Bernama)