Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

Komuniti PERWANI 1Malaysia Dilancar Di Washington DC

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini melancarkan Komuniti PERWANI 1Malaysia Amerika Syarikat (Amerika) yang dianggotai 20 perwakilan wanita dan isteri perwakilan Malaysia di Washington DC.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata Komuniti PERWANI 1Malaysia Washington DC adalah Komuniti PERWANI yang keempat di luar negara selepas di London, United Kingdom, Paris, Perancis dan Melbourne, Australia.

Komuniti PERWANI 1Malaysia Washington DC berperanan membantu mempromosi dan meningkatkan nama baik Malaysia dalam pelbagai aspek dengan mengadakan atau menyertai program kepimpinan, kesukarelawanan, keusahawanan, pendidikan dan juga kesukanan yang akan dianjurkan dari semasa ke semasa.

Ketika berucap pada majlis pelancarannya, Rohani berkata keanggotaan pertubuhan itu di Washington DC diharap dapat ditambah, terutama kalangan belia dan pelajar untuk memupuk sifat kesukarelawan dan memberi peluang kepada golongan itu bertindak sebagai ejen transformasi di peringkat komuniti walaupun berada jauh di perantauan.

 

Sumber : BERNAMA