Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

Ikan yang dijual di Pulau Pinang selamat dimakan, Jabatan Perikanan Pulau Pinang nafi ianya beracun

  • Published in Nasional

GORGETOWN, 5 Jun - Jabatan Perikanan Pulau Pinang menafikan dakwaan kononnya semua ikan jualan di negeri itu mengandungi racun.

Pengarah Perikanan Negeri, Noraisyah Abu Bakar berkata, ikan mati yang hanyut adalah ikan yang telah busuk di dalam sangkar, berikutan ledakan 'Algae Bloom' yang menyebabkan kekurangan oksigen dan mati.

Jelas Noraisyah, tidak timbul isu ikan-ikan lain yang masih hidup di laut dicemari racun, sedangkan ikan tidak boleh mendatangkan kesan buruk pada manusia.

Beliau turut memaklumkan, keadaan kini terkawal.

Ketika ini, jumlah ikan yang mati di Pulau Pinang hanya sedikit, melibatkan ikan merah dan ikan nyok-nyok di perairan Batu Maung.

Bagaimanapun, penternak diminta menanam ikan yang mati mengikut prosedur, tanpa membuang semula ke dalam laut, bagi memastikan tidak berlaku pencemaran air.

Sebelum ini, Jabatan Perikanan Malaysia, menerima aduan mengenai kematian ikan secara berperingkat di negeri Perak membabitkan Kuala Kurau, Kuala Gula dan Tanjung Piandang.