Sunday, January 19, 2020
updated 2:44 AM UTC, Jan 19, 2020

Semua kaum berusaha dalam pelbagai bidang nikmati kemakmuran secara besama

  • Published in Nasional


LANGKAWI, KEDAH - Dasar Kemakmuran Bersama diperkenal kerajaan agar semua kaum termasuk di luar bandar berusaha bersama menerusi pelbagai bidang.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata sebagai negara berbilang kaum ia memperlihatkan keharmonian antara rakyat untuk menikmati kemakmuran secara bersama. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pembukaan Jakel Langkawi.
 
Ia merupakan cawangan Jakel yang ke-22 sejak beroperasi 34 tahun lalu. Jakel dijangka membuka cawangan di Kuching dan Miri, Sarawak menjelang tahun depan.