Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Program cungkil bakat platform pupuk semangat integrasi nasional

  • Published in Nasional

SEREMBAN - Penganjuran program yang dapat mencungkil bakat dalam kalangan belia adalah sangat digalakkan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith berkata penganjuran program seumpama itu bukan sahaja dapat mengetengahkan bakat malah platform terbaik memupuk semangat integrasi nasional.

Ia sekaligus dapat menangani golongan belia daripada terlibat dengan gejala sosial. 

Beliau ditemui pada Program Pertandingan Bakat Belia Negeri Sembilan di Seremban. 

Program tersebut diadakan bagi mencungkil bakat terpendam golongan belia dari seluruh Negeri Sembilan dari segi tarian,  nyanyian dan muzik.