Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

Pelan diperlukan jana sektor hartanah: Bantu pemaju daripada terus kerugian, beri manfaat kepada pembeli

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 3 Jun - Bebanan impak COVID-19 yang menjejaskan pelbagai sektor turut dirasai pemaju hartanah, apabila pembeli tidak berminat melakukan pelaburan berikutan kebimbangan situasi ekonomi semasa. 

Sejak beberapa bulan lalu, pemaju terpaksa menanggung risiko dan berdepan situasi sukar ini.

Sehubungan itu, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menyarankan kerajaan supaya menggiatkan usaha menarik pelaburan dari luar negara.

Kerajaan juga disaran mempertimbang pengurangan kos pemaju dan pembeli meliputi pengecualian cukai setem.

Inisiatif yang sedang diambil REHDA ialah dengan memasarkan projek-projek perumahan melalui saluran dalam talian bagi menarik minat pembeli, sekaligus mengelak pemaju terus mengalami kerugian.

Meski pasaran hartanah masih lembap berikutan situasi ketidaktentuan ekonomi global, REHDA positif yang pasaran hartanah negara akan kembali pulih tahun depan.

Justeru, hasrat kerajaan mengumumkan Pelan Pemulihan Ekonomi menjadi langkah terbaik dalam masa terdekat.