Logo

Tapir sesat, ditemui cedera

JERANTUT, 3 Jun - Seekor tapir Malaya cedera, diselamatkan penduduk Felda Sungai Retang, Jerantut, Pahang.

Haiwan ini yang cedera di badan dan kaki ditemui merayau setelah dipercayai sesat berhampiran ladang sawit.

Tapir betina seberat 260 kilogram ini disedari penduduk merayau sejak minggu lalu dan cuba dihalau ke arah Hutan Simpan Tekal.

Tapir dipercayai cedera kerana melanggar pagar zink dan kawat berduri.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) Jerantut telah dihubungi untuk tindakan selanjutnya.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.