Thursday, July 2, 2020

updated 1:09 PM UTC, Jul 2, 2020

Polis akan jalankan lebih banyak operasi banteras pemandu mabuk

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 1 Jun - Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya memandang serius isu pemandu mabuk yang membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Tegasnya lebih banyak operasi akan dipergiat bagi membanteras isu pemandu mabuk.

Datuk Seri Mazlan turut mengesahkan..pemandu mabuk yang merempuh seorang penunggang motosikal sehingga maut ketika dalam perjalanan pulang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya di Lebuhraya Sultan Iskandar, awal pagi tadi, DITAHAN di Balai Polis Trafik Tun H.S Lee.

Hasil ujian saringan menggunakan mesin khas EBA mendapati, nafas suspek mengandungi alkohol melebihi had.

Suspek akan direman untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara antara tiga tahun hingga 10 tahun dan denda antara LAPAN RIBU dan 20 RIBU, jika sabit kesalahan.