Logo

Pemandu mabuk didakwa: Merempuh penunggang motosikal sehingga maut

KUALA LUMPUR, 1 Jun - Di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur; Khor Yong Zhang, 21 tahun, pembantu kedai aksesori kereta yang merempuh penghantar makanan didakwa atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian.

Bagaimanapun, Yong Zhang mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Puteri Nursheila Rahimi.

Dia didakwa memandu sebuah kenderaan jenis Nissan Grand Livina di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang dibenarkan iaitu 161 miligram sehingga menyebabkan kematian Mohamed Zaili Mohamed, 44 tahun, di Lebuhraya Sultan Iskandar ke arah Jalan Tun Razak Kuala Lumpur, pada 1.30 pagi tadi.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman denda maksimum 20 ribu ringgit serta penjara tidak melebihi 10 tahun.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin ENAM RIBU ringgit dengan seorang penjamin serta lesen memandu digantung sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 1 Julai untuk sebutan semula kes.

Video kemalangan turut tular di media sosial.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.