Thursday, July 2, 2020

updated 1:09 PM UTC, Jul 2, 2020

Tradisi sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai diteruskan dalam norma baharu

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 30 Mei - Sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai diharap menjadi medan untuk mengeratkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini, dan cerminan kepada keharmonian beragama di Malaysia.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, meskipun perayaan disambut dalam suasana berbeza tahun ini berikutan penularan COVID-19, namun ia bukanlah penghalang daripada berhubung sesama keluarga dan sahabat handai.

Tan Sri Muhyiddin dalam catatan terbaharu di laman facebook beliau memaklumkan, ada acara sambutan Pesta Kaamatan yang akan dianjurkan secara dalam talian.

Ia amat dialu alukan agar tradisi kesyukuran tetap dapat diteruskan dalam 'norma baharu' masyarakat Malaysia.

Sebelum ini, perayaan sebegini diraikan rakyat berbilang kaum dengan aktiviti kunjung mengunjung yang menjadi tradisi sejak sekian lama.

Pesta Kaamatan bakal disambut masyarakat Kadazandusun di Sabah, manakala Hari Gawai pula disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak sebagai hari kesyukuran selepas musim menuai hasil tanaman