Thursday, July 2, 2020

updated 1:09 PM UTC, Jul 2, 2020

Perkhidmatan latihan dan ujian memandu JPJ dibuka semula 1 Jun

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 30 Mei - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka semula sektor perkhidmatan latihan dan pengujian pemandu berkuat kuasa 1 Jun depan.

JPJ dalam satu kenyataan memaklumkan waktu operasi institut memandu dalam tempoh PKPB akan dilaksanakan bermula pukul 8 pagi hingga 4 petang.

Perkhidmatan yang dibenarkan adalah latihan pemanduan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) 01, 02 dan 03.

Juga perkhidmatan praujian pemanduan (QTI), ujian teori dan praktikal (litar dan jalan raya) selain ujian undang-undang berkomputer di pusat ujian diiktiraf JPJ.

Kenyataan itu turut memaklumkan, kakitangan dan orang awam berkaitan perlu mematuhi SOP selaras saranan KKM dan Majlis Keselamatan Negara bagi mengawal penularan COVID-19.

JPJ sentiasa komited dalam memberikan khidmat bakti kepada masyarakat dan sentiasa berpadu tenaga untuk memutuskan rantai penularan pandemik COVID-19.