Thursday, July 2, 2020

updated 1:09 PM UTC, Jul 2, 2020

Hanya warga asing tiada dokumen perjalanan sah ditahan semasa PKP dan PKPB

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 29 Mei - Hanya pekerja warga asing yang tidak memiliki dokumen pekerjaan sah sahaja yang ditahan sejak pelaksanaan Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac lalu.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya warga asing masuk ke dalam negara secara sah mereka pasti mempunyai dokumen perjalanan diri atau i-kad yang dikeluarkan majikan sebagai pengenalan diri masing-masing.

Bagaimanapun beliau mengakui sesetengah majikan bertindak menyimpan dokumen perjalanan warga asing kerana bimbang pekerja mereka melarikan diri dan sebagainya.

Datuk Seri Ismail Sabri juga menegaskan, warga asing yang telah disaring tidak diberi sebarang gelang, atau tanda khas kerana surat doktor sudah memadai.

Bagi PATI pula, mereka akan terus dihantar ke depot atau tempat khas yang disediakan kerajaan.