Logo

PBT berhak tutup taman awam

PUTRAJAYA, 29 Mei - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berhak menutup kawasan rekreasi dan taman awam jika berlaku pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Demikian reaksi Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung penutupan sepenuhnya Taman Tasik Titiwangsa kepada orang awam bermula semalam.

DBKL dalam satu kenyataan menjelaskan tindakan itu sebagai langkah mencegah penularan wabak COVID-19 di Taman Tasik Titiwangsa yang merekodkan kehadiran pengunjung yang ramai.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.