Thursday, July 2, 2020

updated 1:09 PM UTC, Jul 2, 2020

114 individu ingkar PKPB

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 29 Mei - Tiada kompaun dikeluarkan Polis Diraja Malaysia atas kesalahan ziarah Aidilfitri semalam.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebanyak 114 kompaun dikeluarkan di lapangan, dengan 108 dikeluarkan di Sekatan Jalan Raya. 

Semalam PDRM telah menahan 114 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPB.

Daripada jumlah itu, seramai 86 individu direman manakala 28 individu dijamin.  

Sebanyak 434 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan ingin pulang ke kampung telah diarah berpatah balik berbanding 842 pada hari sebelumnya.

Negeri yang mencatat cubaan rentas negeri untuk pulang ke kampung tertinggi adalah Kedah, diikuti Negeri Sembilan dan Melaka