Sunday, 9 August 2020

updated 11:27 AM UTC, Aug 9, 2020

Empat motosikal disita, 108 saman dikeluarkan terhadap mat rempit di Yan

  • Published in Nasional

 

YAN, 27 Mei - Sekumpulan remaja ditahan dalam Ops Samseng Jalanan selepas terbabit menyertai kegiatan merempit.

Kesemua mereka ditahan dalam operasi yang dijalankan sekitar Jalan Baru Pulau Bunting-Ulu Sedaka, Yan, Kedah semalam.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Shahnaz Akhtar Haji turut memaklumkan empat motosikal yang diubah suai disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebanyak 108 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan antaranya, tiada lesen memandu, tiada cermin sisi, juga ubah suai kenderaan.

Pemantauan berterusan akan dilakukan dari masa ke masa bagi memastikan pengguna jalan raya terus mematuhi undang-undang.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa untuk memantau aktiviti anak-anak dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.