Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

KPP libatkan pelbagai pihak

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Kertas Putih Pertahanan (KPP) telah melibatkan pelbagai pihak bagi memastikan ia memegang prinsip inklusif.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata , KPP telah dibangunkan melalui hasil kerjasama dengan ahli akademik dan pemikir daripada UPNM, UKM, UM, UUM dan Institut Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS).

Proses libat urus yang holistik juga telah dilaksanakan melibatkan semua kementerian, ahli akademik dari universiti awam dan swasta, ahli badan pemikir, pemain industri pertahanan, para veteran dan organisasi.

Tiga sesi taklimat kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Pertahanan dan Hal Ehwal dalam Negeri juga telah diadakan.

Melalui penglibatan cabang Eksekutif dan Legislatif, ATM, rakyat dan pihak berkepentingan lain, KPP telah memenuhi obligasi moral dalam membangunkan dan menyemai budaya strategik Malaysia baharu serta mempamer anjakan paradigma ke arah reformasi pertahanan.