Monday, December 16, 2019
updated 5:28 AM UTC, Dec 16, 2019

KPP: Garis dua peranan ATM pertahan kedaulatan negara

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Buat julung kalinya kerajaan membentangkan Kertas Putih Pertahanan (KPP) bagi memperkukuhkan lagi sistem pertahanan negara.

KPP dibentangkan kepada umum merupakan dokumen terbuka dan boleh diakses oleh rakyat berbanding Dasar Pertahanan Negara (DPN) sebelum ini yang bersifat tertutup.

Dibentangkan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, ia menggariskan dua peranan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melibatkan peranan utama dan sekunder.

KPP menjadi hala tuju strategik pertahanan negara untuk tempoh 2021 hingga 2030 bagi melindungi kepentingan negara dan mempertahan kedaulatan serta keutuhan wilayah.

KPP juga membuktikan peri pentingnya komitmen Kerajaan demi mengekalkan Malaysia sebagai negara yang selamat, berdaulat dan makmur.