Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Pindaan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 masih dikaji

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) masih membuat kajian dalam meminda Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dalam usaha menangani penyebaran berita palsu atau fitnah menerusi media sosial.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata pindaan itu dijangka bakal dibentangkan Mac tahun depan.

Pindaan yang dicadangkan akan turut memperkenalkan keperluan untuk bukti niat sebelum sebarang kenyataan boleh dianggap menyinggung, dengan itu menghapuskan prospek pendakwaan atau penyalahgunaan sewenang-wenangnya dalam penggunaannya.

Memberi penjelasan kepada pertanyaan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, Gobind menambah, pindaan berkenaan akan merangkumi semua aspek di bawah bidang komunikasi dan multimedia Malaysia.