Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Golongan berpendapatan rendah dinasihat tidak bergantung kepada bantuan semata-mata

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA - Golongan berpendapatan rendah dinasihat tidak bergantung kepada bantuan semata-mata.

Sebaliknya, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu golongan itu berusaha sendiri dan memanfaatkan inisiatif kerajaan untuk keluar daripada masalah terbabit.

Menurut Tun Dr Mahathir, menerusi Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, jurang antara golongan berpendapatan rendah dan tinggi dapat diminimumkan.

Usaha sendiri termasuk menggunakan kemudahan pinjaman modal dan latihan boleh mengubah status sosial individu berkenaan.

Beliau berucap demikian pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.