Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Kertas putih pertahanan (KPP), revolusi kepada pertahanan negara

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Pembentangan Kertas Putih Pertahanan (KPP) membolehkan strategi serta keupayaan pertahanan negara seiring dan relevan dengan perubahan persekitaran keselamatan global yang semakin mencabar dan tidak menentu.

Menurut Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu KPP menjelaskan mengenai persekitaran strategik keselamatan yang sentiasa berubah.

Serentak dengan itu, kaedah dan pendekatan diambil bagi mempertingkatkan tahap kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia, ATM.

KPP ini juga telah mengenalpasti lima objektif pertahanan dan bagi menjamin keselamatan Malaysia, tiga kawasan lapisan berpadu juga perlu dipertahankan setiap masa.

Malah, KPP turut menzahirkan penekanan dengan menolak penggunaan tindakan kekerasan dalam menyelesaikan sebarang pertikaian atau konflik, sejajar panduan Kerangka Dasar Luar Malaysia Yang Baharu.

Bagi melihat pelaksanaan KPP ini, mekanisme pemantauan yang dianggotai pelbagai agensi akan diwujudkan.