Friday, July 10, 2020

updated 10:55 AM UTC, Jul 10, 2020

Kenderaan cuba rentas negeri, diarah berpatah balik

  • Published in Berita Semasa


PUTRAJAYA, 26 Mei- 
Jumlah kenderaan yang cuba merentas negeri dan diarah berpatah balik berkurangan 40 peratus kepada 738, semalam berbanding 1,243 pada hari sebelumnya.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Selangor kekal mencatat jumlah cubaan rentas negeri tertinggi dengan 317 kes diikuti Melaka, 89 kes dan Kedah, 80 kes.

"Semalam, sebanyak 153 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri telah diadakan di seluruh negara, melibatkan 102,852 buah kenderaan yang telah diperiksa." 

"Seramai 65 individu telah ditahan yang mana 57 telah direman, manakala lapan individu diberi jaminan atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat."