Friday, July 10, 2020

updated 12:51 PM UTC, Jul 10, 2020

Perayaan dalam PKPB, kehadiran warga asing tidak seramai sebelum ini

  • Published in Nasional

NEGERI SEMBILAN, 26 Mei - Kru RTM meninjau beberapa lokasi yang menjadi tumpuan warga asing setiap kali tibanya Aidilfitri dan didapati situasi cukup berbeza.

Tiada lagi golongan ini dilihat berkumpul dan berlegar di sekitar bandar raya Seremban.

Pihak kami mendapati hanya segelintir warga asing yang keluar mencari barang keperluan harian mereka.

Warga tempatan dilihat turut merasa selamat dengan perkembangan tersebut.