Thursday, July 2, 2020

updated 1:09 PM UTC, Jul 2, 2020

COVID-19 :MAEPS pusat kaurantin khas PATI

  • Published in Nasional

 

PUTRAJAYA, 25 Mei - Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) kini dijadikan pusat kuarantin khas untuk pendatang asing tanpa izin (PATI) yang positif COVID-19 di depot tahanan Imigresen.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semua rakyat Malaysia yang dikuarantin di MAEPS sebelum ini telah di hantar ke Hospital Sungai Buloh.

Tambah Datuk Seri Ismail, Pusat kuarantin itu turut di pasang kawad berduri dengan kawalan anggota keselamatan yang ketat bagi mengelakkan semua tahanan melarikan diri.

Beliau bercakap dalam sidang media harian di Putrajaya.

Sehingga hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti kes positif jangkitan COVID-19 di 3 depot imigresen di Bukit Jalil, Semenyih dan KLIA.

Mereka yang disahkan positif merupakan PATI yang ditahan atas kesalahan imigresen dan tidak melibatkan pegawai imigresen.