Saturday, July 11, 2020

updated 8:59 AM UTC, Jul 11, 2020

Aidilfitri: Tiada lagi aktiviti kunjung-mengunjung

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 25 Mei - Memasuki 2 Syawal hari ini bermakna tiada lagi aktiviti ziarah atau budaya kunjung mengunjung selepas ini.

Langkah berkenaan seperti yang dimaklumkan Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, telah diputuskan hasil mesyuarat Majlis Keslematan Negara berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tradisi ziarah hanya ditetapkan pada 1 Syawal dengan melibatkan keluarga terdekat tidak melebih 20 orang sehari dengan mengambil kira saiz rumah.

Begitu juga majlis Rumah Terbuka yang turut tidak dibenarkan.

Dalam tempoh ini juga orang ramai tidak dibenarkan sama sekali merentas negeri walaupun terdapat kes mereka yang diarah berpatah balik.

Semalam masyarakat Islam negara ini telah menyesuaikan diri dengan norma baharu sambutan Aidilfitri.

Masjid di beberapa negeri hanya di hadkan kepada ahli jawatankuasa.

Malah bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga solat sunat Aidilfitri dan penyampaian khutbah di lakukan di kediaman masing-masing.