Saturday, July 11, 2020

updated 8:59 AM UTC, Jul 11, 2020

Polis perketat kawalan, pastikan SOP berhari raya dipatuhi

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 24 Mei - Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador memberi jaminan jumlah anggota PDRM mencukupi sepanjang musim perayaan Aidilfitri bagi meningkatkan pemantauan di semua kawasan tumpuan termasuk di taman perumahan.

Dalam temubual khas bersama RTM, Tan Sri Abdul Hamid menegaskan, tiada siapa terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya didapati ingkar peraturan ditetapkan.

Jelas beliau, pihak polis turut meneliti segenap aspek supaya tiada cubaan membuat surat pengesahan palsu bagi tujuan merentas negeri seperti yang dilaporkan.

Tan Sri Abdul Hamid berkata, penguatkuasaan yang ketat amat diperlukan sekiranya rakyat benar-benar mahu memutuskan rantaian COVID-19.

Kementerian Kesihatan katanya juga mengakui, tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa setakat ini banyak membantu ke arah negara bebas wabak berkenaan.

Dalam pada itu, bagi memastikan pematuhan rakyat berada di tahap yang tinggi, pihak PDRM bertugas 24 jam dan semua cuti dibekukan.