Monday, July 6, 2020

updated 11:55 AM UTC, Jul 6, 2020

PKPB: 156 ditahan langgar SOP

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 24 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 156 individu pelbagai kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Daripada jumlah tersebut, 106 individu dikompaun manakala 50 yang lain direman.

Jumlah penahanan tersebut adalah yang tertinggi sejak penguatkuasaan Operasi Pematuhan Pasukan Petugas Khas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jumlah kenderaan yang cuba merentasi negeri atas alasan untuk pulang ke kampung menunjukkan pengurangan.

Sebanyak 1,158 kenderaan diarah berpatah balik semalam berbanding 1,613 pada hari sebelumnya dan 2,539 pada Khamis.

Manakala kenderaan dari Selangor sekali lagi paling banyak diarah berpatah balik iaitu 460 buah diikuti Melaka, 121 dan Negeri Sembilan, 95 kenderaan.

PDRM telah melaksanakan 163 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri di seluruh negara dan memeriksa 157,364 kenderaan.