Monday, July 13, 2020

updated 12:53 PM UTC, Jul 12, 2020

Agong tunai solat Aidilfitri di surau Istana Negara

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 24 Mei - Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Istana Negara, pagi tadi.

Solat Sunat Aidilfitri tersebut disertai 30 jemaah terdiri daripada pegawai dan kakitangan istana negara.

Ini merupakan julung kali Al-Sultan Abdullah menunaikan solat Sunat Aidilfitri di surau utama istana negara berikutan pelaksanaan PKPB untuk mengekang penularan COVID-19.

Secara lazimnya, Seri Paduka Baginda akan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara.

Pelaksanaan solat sunat Aidilfitri yang dipimpin pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abdul Aziz Che Yaakob turut dilaksanakan mengikut SOP PKPB.

Amalan penjarakan sosial turut dilakukan di antara jemaah dengan masing-masing memakai pelitup muka.

Selepas selesai menunaikan solat, Al-Sultan Abdullah turut bersantap bersama jemaah.