Monday, December 16, 2019
updated 4:59 AM UTC, Dec 16, 2019

Tribunal khas untuk mendengar dan menangani kes gangguan seksual akan ditubuhkan

  • Published in Nasional

AMPANG - Tribunal khas untuk mendengar dan menangani kes gangguan seksual akan ditubuhkan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penubuhan terbabit merupakan antara penambahbaikan terhadap sistem keadilan sedia ada.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat berkata, rang undang-undang mengenainya dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang.

Melalui undang-undang itu, proses aduan akan dipermudah supaya lebih ramai mangsa tampil.

Beliau ditemui pada Majlis Khatan Perdana Parlimen Pandan di Ampang.