Logo

COVID-19: 21 individu positif di Depoh Tahanan Imigresen Semenyih

 

PUTRAJAYA, 23 Mei - Seramai 21 orang didapati positif COVID-19 di Depoh Tahanan Imigresen Semenyih.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,752 sampel diuji diambil setakat ini, membabitkan 1,631 orang kena tahan (OKT) dan 121 kakitangan.

Jelas Datuk Dr Noor Hisham, punca jangkitan masih dalam siasatan.

Namun, kementerian kesihatan akan mengambil beberapa langkah pencegahan termasuk mengetatkan proses saringan terhadap mana-mana tahanan sebelum ditempatkan di premis terbabit.

Dua hari lalu, Kementerian Kesihatan melaporkan satu kluster dikesan di Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil membabitkan 35 kes positif COVID-19.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.