Monday, June 1, 2020

updated 2:10 PM UTC, Jun 1, 2020

Patuhi SOP yang ditetapkan sepanjang Aidilfitri

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 23 Mei - Masyarakat perlu bekerjasama untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang Aidilfitri bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 .

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat hari ini telah bersetuju dengan permohonan Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga untuk mengadakan rondaan di bawah Skim Rondaan Sukarela di lokasi masing-masing.

Pihak berkuasa terutamanya PDRM bakal membuat rondaan di kawasan perumahan bagi memantau suasana sambutan Aidilfitri agar terkawal.

Pemimpin masyarakat juga jelasnya, perlu memainkan peranan untuk sentiasa mengingatkan ahli komuniti masing-masing agar sentiasa mematuhi SOP serta mengamalkan kawalan kendiri.

Aktiviti riadah secara berkumpulan adalah tidak dibenarkan.