Logo

APMM perketat kawalan menerusi Ops Benteng

KUALA LINGGI, 23 Mei - Angkatan Pertahanan Maritim Malaysia (APMM) kini giat memperketat kawalan Ops Benteng di 5 lokasi panas penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutama sepanjang Aidilfitri ini.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Madya Maritim Datuk Ibrahim Mohamed berkata, 5 lokasi itu adalah di Johor Selatan, Johor Timur, Melaka, Selangor dan Perak.

Selain itu katanya, bagi perairan di Pulau Langkawi pula, fokus operasi adalah bagi mengawal kemasukan etnik Rohingya, yang menggunakan pulau tersebut sebagai kawasan pendaratan.

Menurut beliau, Ops Benteng digerakkan oleh 2 lagi agensi iaitu TLDM dan PDRM.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan di Kapal Diraja (KD) Gagah Samudera, di Kuala Linggi.

Hadir sama, Laksamana Pertama TLDM Ruzemely Mohd Fahmy.

Ops Benteng merupakan operasi khas dijalan tiga unit utama itu bagi menjaga perairan negara sejak 12 Mei lalu.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.