Tuesday, July 7, 2020

updated 2:27 AM UTC, Jul 7, 2020

COVID-19: KKMM bincang bantu industri kreatif

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 22 Mei - Pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan bagi memastikan penggiat industri kreatif tempatan menjana pendapatan berikutan penularan COVID-19.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dalam kenyataan media menjelaskan kerajaan mengambil berat nasib golongan tersebut.

Jelasnya KKMM juga akan memastikan lebih banyak peluang kerja dan kandungan kreatif dihasilkan melalui Dana Kandungan Digital.

Antaranya memulakan semula aktiviti berkaitan, khususnya berskala kecil dalam tempoh 6 bulan.

Jelas Datuk Saifuddin KKMM telah mengadakan perbincangan bersama penggiat industri seperti FINAS, MDEC dan RTM.

Input perbincangan akan dibawa kepada perhatian Menteri Kewangan untuk pertimbangan sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi yang dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Beliau juga memohon agar setiap agensi berkaitan untuk memberi input tentang keperluan dana tambahan bagi membolehkan bantuan diberi.