Wednesday, May 27, 2020

updated 3:08 AM UTC, May 27, 2020

Acara sambutan Hari Keputeraan Agong ditangguh selaras pelaksanaan PKPB

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 22 Mei - Semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jun ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan memaklumkan, penangguhan atas titah Yang di-Pertuan Agong itu selaras pelaksanaan PKPB sehingga 9 Jun ini.

Kenyataan itu turut menyebut, ke semua acara yang dijadualkan pada 3 hingga 11 Jun, ditangguhkan atas faktor keselamatan dan kesihatan umum kerana negara masih lagi berdepan ancaman COVID-19.

Pada 4 Mac lalu, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Zuki Ali mengumumkan, Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka tahun ini ialah pada Isnin, 8 Jun dan hari itu diisytiharkan sebagai hari kelepasan am.