Wednesday, May 27, 2020

updated 2:23 AM UTC, May 27, 2020

Amalkan kebersihan, pemakanan sihat ketika menyambut Aidilfitri

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 22 Mei - Orang ramai diminta mengutamakan kebersihan ketika membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata selain amalan kebersihan, beliau turut menyarankan amalan pemakanan sihat dan seimbang pada setiap masa.

Masyarakat juga diminta sentiasa mengamalkan sikap dan rasa tanggungjawab semasa menjalankan sebarang aktiviti sama ada di luar mahupun dalam rumah.