Wednesday, May 27, 2020

updated 2:23 AM UTC, May 27, 2020

COVID-19 : 78 kes baharu dengan satu kematian

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 22 Mei - Bilangan kes pulih COVID-19 terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila 63 lagi kes dibenarkan discaj hari ini.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan pulih, sebanyak 5,859 kes atau 82.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini sebanyak 78 kes positif baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kepada 7,137 kes.

Bagi kes penularan tempatan, ia turut membabitkan kluster baharu iaitu Depot Tahanan Imigresen di Bukit Jalil.

Hari ini juga terdapat pertambahan satu kes kematian menjadikan jumlah kumulatif kepada 115 atau 1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kes itu merupakan lelaki tempatan berumur 65 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.