Monday, 28 September 2020

updated 4:30 AM UTC, Sep 28, 2020

COVID-19: Bekalan darah merosot

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 22 Mei - Takut menderma darah semasa penularan COVID-19 menjadi antara faktor penurunan 40 peratus stok bekalan darah di Pusat Darah Negara (PDN) ketika ini.

Pengarahnya PDN, Dr Noryati Abu Amin berkata jika trend ini berterusan, hospital di seluruh negara bakal menghadapi situasi sukar terutama pada musim perayaan ini.

Ujarnya sebelum PKP kebiasaannya setiap bulan sebanyak 16,500 beg darah berjaya didermakan tetapi kini berkurangan iaitu hanya 10,000 beg darah sahaja.

Beliau memberi jaminan PDN sentiasa mengamalkan SOP yang ketat seperti yang disaran KKM sepanjang proses derma darah tersebut.

Dr Noryati ditemui di ibu negara.