Monday, 28 September 2020

updated 4:59 AM UTC, Sep 28, 2020

COVID-19: Aplikasi Jejak Johor bantu kesan kontak

  • Published in Nasional

JOHOR BAHRU, 22 Mei - Aplikasi Jejak Johor dilancarkan bagi memudahkan Jabatan Kesihatan Negeri segera memaklumkan kepada individu sekiranya berlaku risiko jangkitan untuk memudahkan pengesan kontak COVID-19.

Gabungan teknologi pengecaman dan platform analisis data Iskandar Malaysia Urban Observatory COVID-19 Crisis atau IMUOCC, diyakini berupaya membantu mengesan kontak.

Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata, aplikasi itu menggunakan gelombang bluetooth dalam telefon pintar untuk mengenal pasti kontak antara pengguna aplikasi dalam jarak satu meter.

Inisiatif itu, dibangunkan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Program Pembangunan Bangsa Bersatu (UNDP) serta Universiti Teknologi Malaysia (UTM).