Monday, 28 September 2020

updated 4:59 AM UTC, Sep 28, 2020

COVID-19: UUM perketat tahap keselamatan kesihatan

  • Published in Nasional

SINTOK, 22 Mei - Univeristi Utara Malaysia mengambil langkah segera mengetatkan lagi pemeriksaan serta merekod butiran orang keluar masuk kampus selain menjalankan pemeriksaan keselamatan kesihatan mengikut SOP Kementerian Kesihatan susulan kes seorang pelajarnya disahkan positif COVID-19.

Naib Canselor UUM, Profesor Datuk Dr Ahmad Bashawir Abd Ghani berkata, pihaknya terus komited bagi memastikan kampus universiti itu bersih dan sifar wabak COVID-19.

Jelasnya sepanjang tempoh PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pengurusan UUM telah mengambil langkah proaktif dan ketat bagi mengawal penularan COVID-19 dari menjangkiti staf dan pelajar.

Antaranya kakitangan dalam kategori penting sahaja yang dibenarkan untuk masuk ke kampus diwajibkan untuk mengisi COVID-19 Daily Self Assessment (CoDSA) yang membolehkan tindakan segera sekiranya terdapat kakitangan universiti terdedah kepada risiko COVID-19.