Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

Pengekalan Tarif Elektrik Bukti Kerajaan Peka Keperluan Rakyat - Ongkili

TENOM  - Langkah kerajaan mengekalkan tarif lama elektrik iaitu 1.52 sen bagi setiap kilowatt-sejam (kWj) di Semenanjung, serta 1.20 sen/kWj di Sabah dan Labuan adalah bukti kerajaan peka dengan kebajikan dan keperluan rakyat.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata dengan pengekalan itu, kerajaan membelanjakan RM1.303 bilion untuk menampung peningkatan kos bahan api dan penjanaan bekalan elektrik kepada pengguna di Semenanjung manakala RM468 juta subsidi khas bagi negeri Sabah dan Labuan.

"Ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) amat peka kepada kebajikan dan keperluan rakyat dengan tidak menaikkan kadar tarif elektrik buat masa ini," katanya ketika berucap semasa merasmikan Program Jelajah Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) Sabah 2017 di Melalap.

Menurutnya keputusan yang dibuat Kabinet untuk mengekalkan tarif elektrik itu adalah satu langkah wajar untuk tidak membebankan rakyat di negara ini.

(Sumber -Bernama)