Sunday, September 24, 2017
vital-top
updated 3:13 PM UTC, Sep 23, 2017

Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak Akan Diwujudkan Di Seluruh Negara

JOHOR BAHRU - Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak akan diperluaskan secara berperingkat ke seluruh negara tahun ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata setakat ini dua negeri telah dikenal pasti untuk diwujudkan mahkamah tersebut.

Beliau berkata kepada pemberita selepas pelancaran program 'Tribute To Women' dan kempen menangani keganasan terhadap wanita, di sini.

Datuk Seri Rohani berkata setakat ini, mahkamah khas yang beroperasi di Istana Kehakiman, Putrajaya sejak Julai lalu menerima 60 kes bagi kes-kes yang didaftarkan di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor.

((BERNAMA))