Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 3:10 PM UTC, Nov 20, 2017

Activ@work Challenge, Galak Pekerja Kekal Aktif - Perkeso

KUALA LUMPUR - Program Activ@Work Challenge 2017 yang julung kali dianjurkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) merupakan usaha untuk menggalakkan pekerja kekal aktif dalam kehidupan seharian, kata Ketua Eksekutifnya Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Program itu yang akan diadakan selama tiga bulan bermula 1 Sept ini berkonsepkan cabaran dan peserta perlu melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berlari dan bersenam sehingga mencapai sasaran seperti yang ditetapkan.

Perkeso turut bekerjasama dengan Book Doc Malaysia, satu aplikasi yang memerlukan peserta memuat turun Book Doc di telefon pintar masing-masing bagi menyertai program itu.

Pengasas Book Doc Malaysia Datuk Chevy Beh berkata menerusi aplikasi itu, peserta perlu mengumpul mata ganjaran melalui penyertaan Activ@Work Challenge 2017 untuk mendapatkan diskaun pada setiap pembelian di beberapa kedai terpilih.

Beliau berkata pada sidang akhbar di Menara Perkeso.

 

Sumber : BERNAMA