Saturday, August 19, 2017
vital-top
updated 3:02 AM UTC, Aug 19, 2017

11,368 Saman Dikeluarkan Dalam Ops Bersepadu Had Laju

KUALA LUMPUR  - Sebanyak 11,368 saman dikeluarkan dalam Ops Bersepadu Had Laju yang dijalankan selama tiga hari sejak Khamis hingga Sabtu di seluruh negara.

Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Supt Mustafa Bakri Salleh berkata saman yang dikeluarkan melibatkan kesalahan seperti memandu melebihi had laju dan tiada lesen memandu.

Beliau berkata kesalahan tidak mematuhi had laju yang ditetapkan di lebuh raya adalah kesalahan yang paling banyak dilakukan pengguna.

"Kita dapati kesalahan had laju masih tinggi, biarpun pelbagai amaran dan peringatan diberikan, pengguna masih gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan di kawasan tertentu.

(Sumber - Bernama)