Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 1:27 AM UTC, Oct 17, 2017

Jumlah Mangsa Banjir Di Melaka Terus Menurun

MELAKA  - Jumlah mangsa banjir di Melaka terus menurun kepada 94 orang mangsa setakat pukul 8 pagi ini berbanding 98 orang malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata kesemua mangsa daripada 24 keluarga itu masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir di daerah Jasin dan Alor Gajah.

Beliau berkata semua mangsa berasal dari tiga kampung yang terjejas iaitu Kampung Tehel dan Kampung Tersusun Seri Mendapat di Jasin serta Kampung Seri Jeram di Alor Gajah.

"Setakat ini tiga pusat pemindahan masih beroperasi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel dan Balai Raya Seri Mendapat di Jasin serta Balai Raya Kampung Seri Jeram di Alor Gajah.

"Jumlah mangsa yang ditempatkan di SK Tehel adalah seramai 67 orang daripada 18 keluarga manakala di Balai Raya Seri Mendapat adalah seramai 10 orang melibatkan dua keluarga," katanya dalam satu kenyataan.

(Sumber - Bernama)