Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

RUU 164 Beri Keadilan Kepada Semua Pihak

KUALA PILAH -Rang Undang-undang (RUU) Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017 yang bertujuan meminda Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau (Akta 164), merupakan rang undang-undang untuk memberi keadilan kepada semua pihak.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata RUU itu tidak seharusnya dibaca secara luaran sahaja malah perlu melihat semangat disebalik rang undang-undang itu.

"Rang undang-undang ini adalah untuk memberi keadilan kepada semua. Ia dipinda supaya memberikan peluang dan ruang kepada kedua-duanya mereka mendapatkan keadilan yang sempurna," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Pengkat Kehormat Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Perhimpunan KRS Peringkat Negeri Sembilan.

Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof.

Mohamad berkata pindaan itu bagaimana pun tidak menafikan hak seseorang itu di Mahkamah Syariah sebaliknya menggalakkan seseorang itu supaya bersikap lebih bertanggungjawab untuk menceraikan pasangannya di Mahkamah Sivil.

(Sumber - Bernama)